Puisi Eksperimental di Malaysia
Puisi Eksperimental di Malaysia 29 November 2019 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini saya akan membahaskan mengenai puisi Eksperimental di Malaysia. Adakah anda tahu mengenai puisi Eksperimental? Oleh itu, Mari sama-sama kita lihat dan ulas mengenai apakah itu puisi Eksperimental. Puisi-puisi yang 'bereksperimen' sering dianggap sudah 'keluar' atau berlainan dari jalur atau bentuk puisi yang konvensional. Yang agak asing dan jauh berlainan daripada sajak-sajak penyair lain ialah ciri bentuk sajak-sajak yang dilahirkan adalah jauh berbeza dan menyimpang dari teras puisi tradisional Melayu seperti pantun, syair, gurindam dan seloka, sehingga bentuk visual, grafologi atau pengucapannya juga turut dieksperimenkan menjadi pelbagai mengikut citarasa pencipta semasa menghasilkan karyanya itu. Persoalan yang sering teruja ialah dikatakan puisi eksperimen tanpa mesej dan tanpa komunikasi. Ia berlangsung dalam non-komunikasi apa...