Puisi Eksperimental di Malaysia


Puisi Eksperimental di Malaysia
29 November 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini saya akan membahaskan mengenai puisi Eksperimental di Malaysia. Adakah anda tahu mengenai puisi Eksperimental? Oleh itu, Mari sama-sama kita lihat dan ulas mengenai apakah itu puisi Eksperimental.

Puisi-puisi yang 'bereksperimen' sering dianggap sudah 'keluar' atau berlainan dari jalur atau bentuk puisi yang konvensional. Yang agak asing dan jauh berlainan daripada sajak-sajak penyair lain ialah ciri bentuk sajak-sajak yang dilahirkan adalah jauh berbeza dan menyimpang dari teras puisi tradisional Melayu seperti pantun, syair, gurindam dan seloka, sehingga bentuk visual, grafologi atau pengucapannya juga turut dieksperimenkan menjadi pelbagai mengikut citarasa pencipta semasa menghasilkan karyanya itu. Persoalan yang sering teruja ialah dikatakan puisi eksperimen tanpa mesej dan tanpa komunikasi. Ia berlangsung dalam non-komunikasi apabila wujudnya ketidaksinambungan antara penyair dan audiens yang tidak dapat menanggapi maksud yang digagaskan oleh penyair. Atas dasar kekaburan dan kesukaran untuk ditanggapi makna dalam puisi-puisi aliran inilah maka perbincangan ini akan cuba melihat mengapakah penyair mencipta puisi berbentuk eksperimen ini, penerimaan khalayak, kerelevanan serta signifikannya apabila hadir dalam jagat sastera Melayu moden di Malaysia
Istilah pada “EKSPERIMEN” ini berasal daripada perkataan Inggeris iaitu “EXPERIMENT”. Apabila dikaitkan konsep eksperimen dengan genre puisi, puisi-puisi eksperimen yang wujud mempunyai sifat-sifat tertentu iaitu penyimpangan dari ciri-ciri konvensional baik dari segi bahasa, bentuk, bunyi dan pengucapannya.1Ini bererti puisi-puisi percubaan memperlihatkan kelainan daripada kebiasaan atau kelaziman sistemnya yang telah dikenal dan diterima oleh khalayak sastera sebelumnya. Secara mudahnya, bolehlah dikatakan puisi-puisi yang lari dari kebiasaan yang diterima umum, penampilannya dalam bentuk yang berlainan daripada yang ada hingga terlihat keasingannya, grotes dan eksotik
Antara penyair yang menggunakan kaedah Eksperimental dalam penulisannya dan sangat terkenal adalah Seperti Chairil Anwar yang mana beliau adalah seorang yang memiliki daya keprihatinan memilih kata-kata, hubungan kata tersendiri dan pembentukan kalimat yang mengemukakan pemikiran yang lebih luas, halus dan istimewa yang hidup dalam jiwanya. Dengan begitu, penyair tidak seharusnya dibelenggu oleh penggunaan bahasa yang statis. Dapat kita lihat daripada situasi-situasi inilah yang sering menyebabkan adanya eksperimen atau penyimpangan dari sistem norma bahasa yang umum. Dalam puisi penyimpangan dari sistem tatabahasa normatif tidak sahaja ditemui tetapi juga luas digunakan. semuanya dengan tujuan untuk mendapatkan kesan puitis, estetis dan ekspretif di samping menuntut konsentrasi lihatan untuk mendekati kesan makna visual dan bunyinya. pada bunyinya. pada bunyilah terletak keistimewaan sesebuah puisi itu. 
Oleh itu, dapat kita lihat melaui puisi Eksperimen ini,Kehadiran sajak-sajak yang sukar difahami bukanlah satu kemerosotan kepada dunia persajakan Melayu, tetapi ia merupakan satu perkembangan yang positif dalam dunia persajakan tanah air. Kita berharap karya bentuk baru sentiasa ada tempatnya. Rasionalnya, nilai sastera tidak terletak pada bentuk baru atau lama tetapi bagaimana sesebuah karya itu diungkapkan. Perbincangan ini sama sekali tidak menolak kehadiran karya-karya aliran begini malah sudah sampai masanya ia diteruskan agar kemajuannya lebih konsisten dan mengesankan. Dengan kesungguhan ini perlu ditekankan bahawa puisi Melayu memerlukan kehadiran eksperimen yang cukup sedar terhadap makna percubaan ini iaitu bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi nilai persajakan kita seiring dengan perubahan serta peredaran zamannya.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

'seni untuk seni' dan 'seni untuk masyarakat'