'seni untuk seni' dan 'seni untuk masyarakat'
Seni untuk seni dan seni untuk masyarakat
Asas 50 mahupun angkatan sasterawan merupakan
sebuah persatuan yang melibatkan ramai sasterawan-sasterawan negara terlibat
dan telah di tubuhkan di singapura. Antaranya ialah Usman Awang, Abdul Samad
Ismail, Keris Mas, Jimy Asmara, Masuri SN, Mas, dan Asraf. Dimana asas 50 ini
bertujuan adalah untuk memperluaskan dan mempertinggikan martabat kesusasteraan
dan kebudayaan Melayu. Selain itu, Ahli-ahli Asas 50 bersepakat untuk
bersama-sama berjuang untuk memperluas dan mempertinggikan status kesusasteraan
dan juga kebudayaan Melayu yang menjadi tunjang dan tulang belakang kepada
bangsa yang majmuk di Tanah Melayu sekitar tahun 1950-an.
Secara
amnya, mempelajari bidang karangan tentang sastera seperti cerita, lakonan,
buku, rencana, pengetahuan, kebudayaan dan peradaban Melayu dan banyak lagi. Hal
ini juga mengubah dan mencipta perkara-perkara di atas yang mengandungi aliran
dan fikiran yang maju untuk disiarkan dan diterbitkan serta mengatur dan
mengadakan syarahan dan perdebatan tentang segala lapangan sastera dan juga menyatakan
sebarang usaha karang-mengarang tentang bahasa dan sastera.
Selain itu juga, asa 50 adalah berjutuan untuk melindungi
hak-hak muslihat seluruh ahli dan pengarangnya yang mana juga mengariskan
matlmatnya untuk menjaga dan melindungi anggotanya dari segi undang-undang
serta undang-undang negara. Dimana setiap ahli- ahli ASAS 50 akan berpendapat
bahawa perlindungan undang-undang dan hak yang sewajarnya sebagai penulis atau
pengarang serta dapat menentukan bayaran mengikut harga karangan yang
dihasilkan oleh mereka sama.
Tambahan pula hal ini dapat membantu sasterawan
dalam memajukan cita-cita dan kewangan mereka. Asas 50 ini juga telah
menggariskan satu matlamat pertubuhan yang mana ahlinya akan mengadakan dan
juga menerima apa sahaja pembaharuan-pembaharuan terutamanya dalam bidang
sastera juga Bahasa-bahasa yang selari mengikut peredaran zaman yang semakin
meden ini. Namun dalam hal asas 50 ini khazana dan langgan sastera yang telah
banyak diwarisi untuk kepentingan memajukan sastera dan juga Bahasa melayu
tidak akan dihapuskan. Malah memaju dan juga memperbaiki Bahasa melayu dalam
penghasilan karya-karya melayu yang menarik selain daripada membasmi, mencipta,
membina dan juga mengubah perkatan-perkataan dalam memperkaya Bahasa dan juga
sastera.
Dalam
pencetusan asas 50 ini mereka berpegang kepada konsep mahupun slogan ‘seni untuk seni’ dan juga ‘seni untuk
masyarakat’. Dimana konsep seni untuk masyarakat ini telah diperjuangkan oleh
Asraf melalui selogannya. Hal ini keranan bagi pendapat beliau seni merupakan
sesuatu yang umum dan untuk masyarakat bukan sahaja untuk orang seni. Menurut
beliau juga seni ini bukan sahaja bertujuan mahupun dimiliki oleh orang
sasterawan. Tetapi juga seni adalah boleh dimiliki oleh masyarakat yang
pelbagai tanpa mengira bangsa dan juga agama. Secara amnya melalui konsep ini
seni dikatakan lebih memperjuangkan masyarakat kerana telah terbukti dimana
sastera itu mampu melahirkan sasterawa-sasterawan negara yang hebat.
Manakala
bagi konsep mahupun slogan seni untuk seni yang mana telah di perjuangkan oleh
Hamzah. Beliau beranggapan bahawa setiap hasil-hasil karya seni itu bukanlah
dihasilkan untuk masyarakat dan ianya hanya untuk orang seni sahaja. Hal ini menunjukkan
bahawa beliau sngat menekan bahawa seni ini milik seni dan bukan masyarakat.
Ulasan
Catat Ulasan