Puisi Bukan Menggurui
Puisi Bukan Menggurui
05 OCTOBER 2019
Assalamualaikum
w.b.t
Puisi
merupakan karangan yang berbentuk sajak iaitu seperti syair, pantun dan
lain-lain. Za’ba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai” khas
dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah serta
melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Dimana dengan gambaran yang indah
ini perkara yang dikatakan itu bertambah menarik hati orang yang mendengarnya.
Selain itu, Za’ba juga mengatakan bahawa karangan berangkap itu ialah karangan
yang disusunkan dengan bahagian yang berkerat-kerat, antara sekerat dengan
sekerat itu biasanya berjodoh bunyi atau rentaknya atau isinya.
Definisi puisi yang
dikemukakan oleh Za’ba di atas ini memperlihatkan dua ciri utama puisi.
Pertama, sifat abstraknya seperti kecantikan ataupun keindahan bahasa dan
kemerduan bunyi. Kedua, sifat konkritnya, struktur dasar yang merangkumi binaan
baris dalam rangkap, kedudukan suku kata dalam baris, kedudukan suku kata dalam
baris dan susunan rima. Kedua-dua ciri tersebut mempunyai hubungan yang erat
dengan tema dan juga kesannya kepada pembaca. Puisi ini juga merupakan sebuah
karya yang dihasilkan oleh seseorang melalui banyak cara. Seperti pengalaman,
pemerhaian imajinasi dan sebagainya.kita sedia maklum kebanyakan karya-karya
puisi ini dihasilkan mempunyai tujuan dan sebab yang tertentu.
Secara amnya sebuah karya yang
dihasilkan seseorang haruslah tidak menekankan ayat mahupun maksud-maksud yang
membawa kepada unsur pengajaran, pengarah mahupun menggurui pembaca untuk tujuan menyedarkan mereka. Namun pada ketika
ini terdapat benyak hasil-hasil pusi yang telah dihasilkan mempunyai
unsur-unsur sedemikian. Dimana seorang pemuisi yang baik haruslah mempunyai
kesedaran dalam menghasilkan sesebuah karya. Sebagai contoh seorang penulis itu
sering menekankan hal-hal positif seperti puasa di bulan Ramadhan namun dalam
masa yang sama dirinya tidak melaksanakan hal tersebut. Ini juga sama seperti
golongan orang-orang yang munafik. Ingin terlihat baik dimata manusia namun
buruk di mata Allah S.w.t.
Bagi saya, jika seseorang pemuisi
ingin menghasilkan sebuah karya yang berunsurkan pengajaran, dia seharusnya
melaksanakannya dahulu agar pembaca dapat menyakini dan dapat dijadikan contoh
dlam kehidupan mereka. Berbeza pula jika seorang pemuisi itu menggurui pembaca
namun tidak melaksanakannya. Samalah seperti hari ini, ramai masyarakat yang
sering menggurui orang ramai di media sosial namun dirinya juga leka dalam
mengerjakannya. Dalam pada itu kebanyakan pembaca juga kurang memahami maksud
isi yang terkandung dalam sesebuah puisi dan pembaca beranggapan puisi tersebut
tidak sopan dan menyentuh senstiviti pembaca.
Secara kesimpulannya
penulisan sebuah karya puisi adalah bertujuan untuk memperkasakan lagi sastera
melayu dalam kehidupan seharian kita. Ia termasuklah memertabatkan Bahasa
melayu dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang mana mempunyai 1 tujuan iaitu
membuka mata dan fikiran masyarakat dalam mengenali lebih dalam dunia sastera
ini. Namun dalam setiap karya yang dihasilkan haruslah selaras dengan
masyarakat pada masa ini. Termasuklah puisi yang tidak mempunyai unsur
menggurui kepada pembacan namuh masi berteraskan untur menasihati sesame
masyarakat. Penghasilan puisi ini adalah bebas namun tidaklah menyentuk hal-hal
perkauman yang dapat memecahbelahkan masyarakat dan juga tidak menggunakan
ayat-ayat menggurui dalam sesebuah karya jika si menghasil karya tidak
melaksanakannnya.
Ulasan
Catat Ulasan