Orang Miskin Di Larang Ketawa
Orang miskin di larang ketawa
16 Oktober 2019
Assalamualaikum
semua, kali in saya akan mengulas sesuatu falsafah yang menjadi pertanyaan pada
diri saya sendiri. Ulasannya bertajuk orang miskin dilarang ketewa. Benarkah
orang miskin dilarang ketawa? Bagi saya, saya menolak falsafah ini. Mari
bincangkan
Pada
pendapat saya miskin bukan menfokuskan pada seseorang yang tidak mempunyai
harta benda yang banyak dan mampu menanggung kehidupannya serta orang lain.
Mengapa? Hal ini kerana miskin memberi banyak maksud yang tersirat iaitu
sebagai contoh miskin ilmu. Miskin adap dan sebagainya. Bagi saya jika kita
miskin darisegi harta buakan bermakna kita tidak bole ketawa bahagia. Kerana
mungkin harta tiada namun ada keluarga yang lengkap dan bahagia bersama. Ada juga
antara mereka yang miskin harta ini namun kaya dengan santun dan Bahasa dan hal
ini membuatkan masyarakat menyenangi mereka walau mereka tidk mempunyai harta.
Bukan sahaja itu tapi ketawa dan merasakan kebahagiaan itu mempunyai hak
masing-masing dan tiada yang mampu mellarangnya melainkan ketentuan tuhan.
Berbanding pula dengan orang yang mempunyai harta yang banyak namun kehidupan
mereka tidah aman kerana takut jika harta yang mereka ada sekarang akan habis,
selain itu, pasti berlakukanya pergadukan antara keluarga itu untuk memastikan
mereka mempunyai hak atas harta tersebut dan bole menyebabkan permusuhan antara
persaudaraan. Disini terbukti bahawa orang miskin harta itu juga boleh tertawa
bahagia. Jika dengan wang diukur bahagia seseorang, maka dimana letaknya
kebahagiaan orang yang miskin harta tanpa wang.
Namun
berbeza pula dengan orang yang miskin pada ilmu dan adap. Hal ini jelas kerana jika
kita miskin dengan dua benda ini maka kita akan ditertawakan oleh orang ramai.
Mengapa? Ya jika kita tidak mempunyai adap yang baik orang akan hilang rasa
hormat kepada kita, sama lah seperti orang kaya yang banyak harta namun miskin
adap. Hal ini kerana harta dan kekayaan seseorang itu bukan mencerminkan siapa
kita di mata manusia dan Tuhan yang masa esa. Kaya seperti apalah jika kita
tidak mempunyai adap yang baik orang tetap akan menertawakan kita. Begitu juga
dengan orang yang miskin ilmu. Tidak kiralah ilmu agama, ilmu scienc mahupun
matematik. Kita sedia maklum ilmu adalah sesuatu yang amat penting pada masa
kini. Jika kita tidak mempunyai ilmu orang juga akan menertawakan kita. Mereka
akan memandang kita malas dalam mengambil tahu dan mencari ilmu. Walaupun
dengan dunia yang serba moden sangat ramai masyarakat di muka bumi ini masih
malah mencari tahu ilmu walaupun semuanya bertangtung di hutung jari sahaja.
Oleh itu orang ramai akan menertawakan kita. Ini lah dipanggil miskin dalam
ilmu yang disebabkan diri kita sendiri.
Akhir
sekali, bagi pendapat saya kita sebagai manusi yang hidup dimuka bumi ini, kita
seharusnya untuk menertawakan orang lain dan melarang untuk orang tertawa.
Mengapa? Ya kerana kita sehausnya membawa dan memberi tunjuk ajar serta
pertolongan kepada orang yang serba kekurangan ini. Tidak kiralah darisegi
harta, ilmu dan juga adap. Kerana Allah SWT telah tetapkan bahawa tiada yang
sempurna didunia ini. Jadi kita sebagai manusia biasa tidak seharusnya melarang
dan sesuka hati untuk menertawakan orang.
Ulasan
Catat Ulasan