Melayu Bukan Islam
Melayu
Bukan Islam ?
10
October 2019
Assalamualaikum
W.t.b
Tajuk
saya kali ini adalah mengenai Persoalan Melayu bukan Islam. Adakah masyarakat
melayu itu bukan Islam?
Masyarakat
melayu ini sememangnya telah wujud sekian lama namun asal usunya masih sukar
untuk Itentukan. Walaupun telah terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan
untuk menjelaskan hal ini, namun kata sepakat antara ramai para sarjana-sarjana
belum lagi tercapai. Dimana secara amnya mereka memberi 2 teori mengenai asal
usul bngsa Melayu ini. Yang mana mereka beranggapan bahawa Bahasa Melayu ini
dari Yunnan dan sesetengan sarjana berkata bangsa Melayu ini dari Nusantara.
Sehinggalah hari ini Bahasa Melayu ini masih belum di ketahui asal usulnya. Nama
Melayu ini telah tercatat dalam sebuah kitab iaitu kitab Hindu Vayu Purana yang
mana telah dikarang pada abad ke 350 yang membawa maksud pulau bergunung dan
menggunakan Bahasa Sanskrit.
Pada umumnya, Melayu ini sebenarnya bukanlah satu
bangsa yang hanya wujud di Malaysia tetapi orang Melayu telah wujud sekian lama
di Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Kepulauan yang terletak di antara
Lautan India dan Lautan Pasifik ini mengunjur sejauh 4,000 batu dari timur ke
barat dan 1,300 batu dari utara ke selatan dan merupakan kepulauan yang
terbesar di dunia.
Kepulauan Melayu dibentuk oleh beribu-ribu buah pulau
kecil dan pulau-pulau besar seperti Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina
dan termasuk juga Semenanjung Malaysia. Sebelum berlakunya banjir besar yang
menenggelamkan Pentas Sunda dan tamadunnya lebih kurang 10,000 tahun yang lalu,
kumpulan pulau yang terletak di atas Pentas Sunda dipercayai bersambung sebagai
satu tanah besar yang memudahkan pergerakan dan interaksi manusia di atasnya.
Hal ini telah membuktikan bahawa kewujudan orang
melayu ini bukanlah berasal dari Malaysia namun kewujudannya dari pelbagai
tempat yang sangat meluas. Dalam sejarah bangsa Melayu ini lebih awal
kewudannya daripada China dan juga Taiwan. Namun kewujudan melayu ini dikatakan
lebih dulu sebelum agama Islam yang mana di ceritakan dalam sejarah-sejarah
melayu. Agama Islam ini dikatakan melebar di kepulauan melayu bermula abad ke
17 masihi lagi, dengan beberpa bukti seperti penemuan batu bersurat kedukan
bukit iaitu pada tahun 1206 lagi.
Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu ini
dikatakan hidup dengan menyembah alam sekitar yang dikenali sebagai animism dan
sesetengahnya tidak mempunyai agama. Namun kehidupan mereka berubah setelah
kedatangan islam yang mana kedatangan Islam ini dikatakan dating dari pedagang
Arab yang berdagang di kepulauan melayu dan menyebabkan perkahwinan campur
antara orang Islam Arab dan juga masyarakat melayu.
Melalui takrifan politik, bangsa Melayu ini dikatakan
adalah sepenuhnya orang yang beragama Islam namun jika dilihat katrifan melalui
akademik seseorang yang berbangsa Melayu ini tidaklah semestinya beragama
Islam. Hal ini kerana di negara ini kebanyakan orang yang sama bangsa namun
mereka juga berlainan agama. Oleh itu kebanyakan masyarakat melayu ini
dikatakan bukan semua dari agama Islam. Sebagai contoh di Sabah orang melayu
menggunakan Bahasa Lingua Franca seperti Bahasa Melayu seperti etnik Dusun,
Bajau DAN Bugis Yang mena mereka berkomukasi menggunkan Bahasa Melayu. Namun
etntik-etnik ini bukanlah semua beragama islam walaupun mereka tinggal di
Malaysia.
Oleh itu dapat dilihat bahawa Bahasa Melayu itu
bukanlah bukanlah sepenuhnya masyarakat yang beragama Islam sahaja. Hal ini
kerana jika di lihat di Sabah yang mana mempunyai 42 etnik berbeza dan
kesemuanya tidak beragama islam kerana ada yang beragama Kristian. Namun
kesemua etnik-etnik ini adalah berbangsa Melayu kerana bahasa melayu lahir
sebelum adanya agama Islam. Oleh itu, seseorang yang beragama Islam dan bukan
masing-masing menggunakan bahsa melayu sebagai bahaa pertuturan mereka.
Secara kesimpulannya, seseorang yang berbangsa melayu
itu tidak semestinya beragama islam. Hal ini terbukti dengan kewujudan
etnik-etnik di Sabah dan juga Sarawak yang mana kesemuanya adalah bangsa Melayu
namun bukan beragama Islam.
Ulasan
Catat Ulasan