CHAIRIL ANWAR


Oktober 24, 2019
CHAIRIL ANWAR

Assalamualikum semua, seperti biasa pada kali ini saya akan mengulas serba sedikit diodata seseorang yang sangat terkenal di kalanagan sasterawan kerana beliau merupakan seorang sasterawan yang terkenal bukan sahaja di negaranya namun namanya juga telah dikenali oleh ramai masyarakat di Asian. Beliau adalah CHAIRIL ANWAR.

Nama diberi ialah Chairil Anwar, beliau dilahirkan di Medan, Sumatera Utara pada 26 julai pada tahun 1922. Beliau merupakan anak tunggal dari pasangan Toeloes dan Saleha. Beliau dikatakan telah dibesarkan dalam keluarga yang tidak baik kerana kedua ibu-bapanya telah bercerai dan bapaknya dikatakan telah berkahwin dengan orang lain. Beliau telah dibesarkan di Medan dan dijagaoleh neneknya yang menjadi inspirasi kepadnya. Chairil Anwar ini bersekolah di Hollandsch-Inlandsche School (HIS). Kemudian beliau meneruskan pendidikannya di Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) iaitu sekolah menengah pertama di Hindia Belanda namun beliau berhenti sebelum tamat pengajian pada tahap satu. Biau dikatakan telah menulis puisi ketika masih remaja, akan tetapi tidak satupun puisi yang dihasilkannya sesuai dengan keinginannya.

Walaupun beliau tidak menghabiskan pengajiannya beliau tetap tidak kehidupannya dengan perkara yang sia-sia. Dimana beliau menghabiskan waktunya dengan membaca karya–karya pengarang internasional ternama seperti Rainer Maria Rike, W.H Auden, Hendrik Marsman dan banyak lagi. Beliau dikatakan telah mengusai banyak Bahasa asing seperti Inggris, Belanda dan juga Jerman. Setelah itu, beliau telah berpindah ke Jakarta dan masuk semula ke MULO sehingga tahap dua yang berada di Jakarta. Pada masa itu beliau mulai kenal dan serius dengan memasuki dunia sastera. Sebagai buktinya beliau telah menerbitkan puisi pertamanya iaitu pada tahun 1942. Chairil terus menulis puisinya dengan berbagai-bagai puisi yang berbagai tema yang bermula dari pemberontakan, kematian, individualism dan juga eksistensialisme.

Nama Chairil Anwar ini mula terkenal dalam dunia sastera setelah banyak hasil karya tulisannya dimasukkan pada Majalah Nisan iaiu pada tahun 1942 yang mana beliau baru berusia 20 tahun. Namun pada saat pertama kali beliau memuat puisi-puisinya di Majalah Pandji untuk diterbitkan, ramai yang telah menolak kerana dianggap terlalu individualistis. Hampir semua puisi-puisinya merujuk kepada kematian. Namun  puisisnya telah pun beredar di atas kertas murah semasa kedudukan Jepun yang masih tidak dapat diterbitkan sehinggalah pada tahun 1945.

Salah satu puisinya yang terkenal dan sering dideklamasikan berjudul Aku “Akum au hidup seribu tahun lagi”. Selain menulis puisi, ia juga menterjemahkan karya sastera asing ke dalam Bahasa Indonesia. Beliau juga pernah menjadi redaktur ruang budaya siasat “ Gelanggang” dan juga Gema Suasana. Dimana beliau dikatakan telah mendirikan “Gelanggang Seniman Merdeka” iaitu pada tahun 1946. Puisi puisi lain yang telah beliau terbitkan  iaalah Krikil Tajam dan yang terampas dan yang putus (1949) selain itu, Deru campur debu (1949), Tiga menguak takdir (1950), Aku ini binatang Jalang(1986) dan banyak lagi.

Puisi yang dikatakan terkenal dan pertama kali dibaca iaitu ‘Aku’ oleh Chairil Anwar sendiri di pusat kebudayaan Jakarta pada bulan Julai 1943. Hal ini kemudinnya dicetak dalam pemandangan dengan judul ‘Semangat’ yang bersesuaian dengan dokumentari sastera Indonesia. “Aku” telah menjadi puisi Chairil Anwar yang paling terkenal.

“Kalau sampai Waktuku
Ku mau tak seorang pun merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang Pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Akum mau hidup seribu tahun lagi
Akhir Hayat”


Ulasan

  1. kenapa karya Chairil Anuar begitu kuat mempengaruhi pemikiran masyarakat sehingga pada masa kini?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

'seni untuk seni' dan 'seni untuk masyarakat'