ciri-cri dan fungsi sastera dalam konteks dunia folklore
Ciri-ciri
dan fungsi sastera rakyat dalam konteks dunia folklore.
Sastera
rakyat merupakan hasil-hasil sastera melayu lama yang bercorak lisan. Dimana ia
juga dkenali sebagai Folklore. Penyampaianya adalah secara lisan yang juga
dipertuturkan dan juga diperturunkan iaitu diwarisi secara turun temurun yang
menjadi milik bersama kepada masyarakat melayu. Amnya sastera melayu ini hidup
dan juga berkembang dalam masyarakat melayu secara lisan namun ianya tidak
diketahui siapa dan bila ia dicipta.
Terdapat
beberapa ciri-ciri dan fungsi sastera dalam konteks dunia folklore. Darisegi
segi ciri-cirinya adalah yang pertama darisegi penciptaannya. Dimana sastera
rakyat ini merupakan hasil karya yang telah menjadi hak milik kepada semua
masyarakat dan bukannya milik sendiri kerana sampai saat ini penciptanya masih
belum diketahui. Oleh itu sastera ini merupakan hak milik bersama dan tentang
hak cipta ini tidaklah wujud pada sastera rakyat. Ramai tokoh-tokoh sastera
yang bercerita tidak mengakui bahawa mereka adalah pengarang carita tersebut.
Namun mereka meletakkan karangan cerita yang berkaitan itu kepada seseorang
individu sebagai empunya cerita.
Ciri-ciri
lain adalah darisegi penyebaran. Dimana sastera rakyat ini disampaikan mahupun
disebarkan secara lisan mahupun darisegi pertuturan. Secara amnya ia dituturkan
secara individu dari seseorang individu kepada individu lainnya. Sebagai contoh
seorang cikgu menceritakan kepada anak muridnya, seterusnya anak muridnya
menceritakan hal tersebut kepada adiknya dan adiknya menceritakan ia kepada
rakannya. Ia bermakna hasil-hasil sastera tersebut telah diperturunkan mahupun
diwarisi dari seorang individu kepada individu lain mahupun dari generasi ke
generasi lain secara lisan.
Ciri-ciri
terakhirnya ialah darisegi penyampaian. Dimana ianya disampaikan secara lisan
oleh seseorang secara profesionalnya yang mana seseorang individu itu hanya
melakukan kerja bercerita kepada individu lain. Secara amnya bagi masyarakat
melayu mereka menggelar seorang yang professional ini adalah dikenali sebagai
pawing yang mana beliau telah banyak mengetahui dan menghafal cerita-cerita
rakyat yang tertentu daripada seseorang yang lebh tinggi darinya seperti guru.
Penyampaian ini juga selalunya disampaikan diikuti dengan iringan muzik-muzik
tradisional yang menjadikan ini lebih menarik.
Manakala
bagi fungsi sastera dalam dunia folklore ialah sastera ini menjadi alat
hiburan, pendidikan, pengajaran, kritikan dan banyak lagi kepada masyarakat
kini. Secara amnya sastera menjadi cerminan hidup dalam masyarakat melayu
tradisional. Hal ini kerana ianya mengandungi ciri-ciri budat=ya asal
masyarakat yang melahirkan seni, kepercayaan dan juga adat resam. Sastera
rakyat juga merupakan midea yang meyalurkan tradisi kepada generasi seterusnya.
Dengan ini sastera dapat diwarisi oleh generasi akan dating.
Kesimpulannya,
sastera rakyat penting dalam konteks folklore kerana ianya banyak mendatangkan
kesan positif terhadap kesusasteraan melayu yang kini semakin berkurangan
terhadap masyarakat melayu pada masa kini. Oleh itu, sastera rakyat dalam
konteks folklore ini haruslah dikekalkan untuk generasi yang akan datang.
Ulasan
Catat Ulasan