Antologi Sajak Pendosa
Kritikan
antologi sajak pendosa
Ahad, 22 September 2019
Aslamualaikum W.B.T
Aslamualaikum W.B.T
Sajak
Pendosa merupakan sebuah buku antologi sajak yang telah diselenggarakan oleh
seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sabah iaitu Lokman bin Abdul Samad. Dimana
buku ini mempunyai lebih daripada 50 karya puisi yang telah dihasilkan dan saya
telah memilih 5 puisi yang terdiri daridapada hasil penulis yang berlainan.
Sajak
merupakan sebuah puisi melayu moden yang mempunyai banyak bentuk seperti
berbentuk bebas dan terikat iaitu di jumlah baris, perkataan sebaris, karangan berangkap, rima dan banyak lagi.
Sajak selalunya mempunyai tema tersendiri bagi mempersoalkan pokok persoala
yang utama dan dapat dikemukanan dalam bentuk sesebuah puisi.secara amnya ia
berbentuk idea dasar dan juga idea pusat. Selain tema sajak juga mempunyai
persoalan tersendiri setiap hal-hal yang di persoalkan dalam sesebuah sajak itu
adalah berfungsi untuk memantapkan lagi tema sajak.
Dalam
buku Sajak Pendosa ini, kebanyakan sajak-sajak yang telah dihasilkan ianya bersifat
keagamaan dan juga berunsurkan ketuhanan. Dimana kebanyakan sajak yang saya
pilih adalah memberi pandangan yang berbeza-beza kesemuanya menyentuh hal-hal
ketuhanan yang dapat memberi pengajaran dan sekaligus mengkritik masyarakat
pada masa kini. Oleh hal yang demikian lahirlah sajak-sajak yang dapat
menyedarkan manusia sementara mereka masih lagi lalai dalam mengejar hal-hal
keduniaan tanpa berfikir hal-hal akhirat.
Dalam
permasaalahan kajian saya mendapati dalam buku sajak pendosa ini ia telah
menyentuh hal-hal kemanusiaan bersifat negatif yang sering dilakukan oleh
masyarakat kini . oleh itu sajak ini lahir untuk memberi kesedaran kepada
setiap individu dalam mengubah diri mereka kearah lebih baik dengan mengingati
tuhan serta hari akhirat. oleh hal yang demikian isi-isu puisi ini dapat
menyentuh permasaalahan diri setiap individu yang merasa bersalah dan mengakui
kesalahan serta menyesali dan mengharapkan ampunan tuhan semata-mata.
Antara
sajak-sajak yang telah saya baca dan ingin saya ketengahkan adalah sajak yang
bertajuk “Hakikat Makna Yang Dalam” karya Adlin. Dalam sajak ini
pengarang ingin menyampaikan tentang kekufuran seseorang yang mana dirinya
menganggap diri sendiri adalah terbaik dari yang terbaik dan seorang alim
ulama, namun dalam masa yang sama dirinya juga kufur dalam melakukan larangan
tuhan tanpa menyedarinya namun masi mengharapkan pahala dengan perbuatannya.
Sebagai contoh :
Salah
pegang tertikam diri
Sendiri binasa
Harap pahala dosa tiba
Hati-hati
bila berkata tentang hakikat makrifat
Bersifat
sederhanalah dan ikhlas dalam melakukan sesuatu tanpa meminta balasan agar yang
diingini tercapai dan dielak dapat dijauhi dalam diri.
Selain itu, sajak lain ialah “Apa
Lagi Yang Dicari” karya Adnin. Dalam sajak ini pengarang ingin
menyampaikan tentang seseorang yang
kalah dalam mengatasi nafsu sendiri dan memberi kesedaran baginya. Dimana
seseorang yang digambarkan dalam sajak ini adalah seseorang yang tidak dapat
mengawal perasaannya dengan melakukan perkara negatif sampaikan dirinya kalah
dalam nafsunya sendiri. Ia digambarkan seorang yang ingin kebebasan dalam
dirinya tanpa sebarang undang-undang agar dia bebas melakukan apa sahaja yang
dia inginkan. Sebagai contoh :
Selama ini
Jiwa ditutupi
Hawa nafsu sendiri
Telah membelenggui
Sekalian fantasi
Hati
dan jiwanya ditutupi sampaikan dirinya tidak sedar yang dirinya telah lalai dan
sering melakukan banyak dosa terutamanya dalam memerangi hawa nafsunya sendiri.
Sajak seterusnya ialah sajak “ikrar”
karya Ismailatiff. Sajak ini menceritakan tentang lahirnya seseorang kedunia.
Dimana lahirnya seseorang kedunia itu adalah dari perancangan dan ketetapan
tuhan. Kita sebagai manusia dan hamba di mata Allah Swt haruslah mengamalkan
kehidupan amar mahruf nahi mungkar dimana kita haruslah jauhi yang dilarang dan
amalkan yang diperintah agar hidup selamat dunia akhirat. lahirnya kita didunia
ini bukan hanya untuk hidup besuka ria namun kita telah diberi amanah dengan
tanggungjawab yang hasul dipikul. Sebagai contoh :
Pabila yang dipandang mulai berubah
Begitu juga yang dirujuk.
Hakikat hidup untuk menyaksikan mu
Misi jiwa untuk mengenalmu
Sebagai
hamba haruslah sedar kerana dunia ini hanya sementara dan yang kekal itu adalah
akhirat namun pada ketika ini ramai manusia lalai kerana sering mengingati
dunia yang penuh dengan permainan bukan akhirat yang penuh dengan ketepatan.
Berikutnya adalah sajak yang
bertajuk “Esa” karya Adiaulhaq. Pengarang ini ingin menceritakan tentang
kebesaran dan keesahan tuhan. Tahan adalah yang maha esa dan maha pencipta alam
maka kita sebagai hambah Allah haruslah sentiasa mengingatiNya dimana sahaja
kita berada dan bukan waktu kitaa memerlukan namun di setiap masa agar menjamin
kehidupan yang lebih selamat serta mendapat keberkatan dari Allah Swt. Sebagai
contoh:
Yang Esa itu tunggal dan meliputi yang ada dan
tiada
Sekaliannya diseliputi oleh adanya
Malah sekalian yang ada dijana
olehnya
Kita
harusnya sedar bahawa Allah Swt itu adalah satu-satunya tuhan yang layak
disembah dan ditaati kerana ia yang menciptakan segala isi bumi.
Sajak terakhir ialah “bila
layar dibuka” karya Adzimhud. Pengarang ingin menceritakan tentang kehebatan
dan keberanian seseorang. Dimana untuk menjadi seorang nahoda mahupun ketua
dalam sesebuah organisasi kita haruslah bersifat berani dalam menghadapi apa
sahaja cabaran dan dugaan yang menimpah. Sebagai contoh :
Pada empunya perahu layar
Barang siapa berani buka layar
Setiap sudut nafas pelayar
Keberanian
sangatlah penting untuk mambawa diri maju lebih kehadapan tanpa berputus asa
kerana telah dijanjikan seseorang yang berani itu kehidupannya lebih maju
berbanding seseorang yang berani berkata-kata bukannya bertindak.
Dapatan
:
Hasil
daripada pembacaan saya mengenai kesemua sajak-sajak ini, saya mendapati bahawa
kesemuanya mempunyai unsur-unsur ketuhanan yang memberi kesedaran kepada
pembaca. Walaupun jalan penceritaan sajak-sajak ini adalah erbeza namun
semuanya membawa maksud yang hampir samaiaitu tentang kihidupan manusia di
dunia ini serta kebesaran ALLAH Swt yang maha esa.
Ulasan
Catat Ulasan